KONSERT SYUKUR 2009

PENAUNG DAN PENGERUSI KONSERT SYUKUR 2009


KAD JEMPUTAN KONSERT SYUKUR 2009

FISH TAIL KONSERT SYUKUR 2009


MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KONSERT SYUKUR 2009

SESI LATIHAN PENYANYI KONSERT SYUKUR 2009


CATATAN KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK SELAKU KETUA PRODUKSI KONSERT SYUKUR TENTANG KONSERT SYUKUR 2009
DI engkabang.net (4 OKTOBER 09):
Pada tahun ini, JPN Sarawak akan menganjurkan sekali lagi Konsert Syukur 2009. Konsert ini akan melibatkan warga pendidikan di seluruh negeri. Berhibur bukanlah tujuan utama JPN mengadakan Konsert ini, tetapi adalah untuk menyatakan rasa kesyukuran kita betapa bertuahnya kita di negeri ini kerana rakyatnya masih mencintai keamanan, kemakmuran dengan penuh patriotisme. Kesyukuran kita bukan dilafazkan melalui laungan slogan dan retorik, tetapi melalui seni dan keindahan sejajar dengan warga pendidikan yang sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan dengan seni pedagogi yang begitu halus dan indah sehingga berjaya membangun potensi dalam diri kanak-kanak. Kesabaran sangat penting dalam mengendalikan orkestra seperti guru juga menangani masalah murid di sekolah.Jika tiada aral melintang, maka Konsert Syukur akan diadakan pada 16-17 Oktober ini di Dewan Undangan Negeri Bangunan Lama yang akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negeri, yang akan bercampur mesra dengan golongan pendidik. Sudah tiba masanya, golongan guru tidak malu-malu dan segan-segan tentang siapa dirinya sehingga mereka perlu sentiasa defensive dalam banyak, sentiasa meminta-minta untuk kenaikan gaji, sentiasa mahu naik pangkat. Akan tetapi golongan guru juga perlu berani menghadapi isu semasa dan menganggap sangat berkeyakinan untuk MEMBERI BALIK AMANAH MASYARAKAT, untuk memberikan sesuatu outcome yang berkualiti, seseorang yang berintegriti dan bertanggungjawab iaitu jika dia meminta untuk dinaikkan pangkat dari DG41 ke DG44, dia juga perlu meningkatkan komitmen dan sumbangannya paling tidak 3 tingkat/ganda daripada sebelumnya. Inilah yang cuba kita nyatakan dalam Konsert Syukur 2008 dan 2009. Kami bukan sekadar golongan peminta yang tidak pandai membalas budi dan bersyukur, sebaliknya, kami adalah golongan bersyukur atas apa yang diberikan dan berusaha keras untuk membayar balik apa yang kami terima.